Suka kami ingatkan bahawa perjalanan merentas negeri ini hanya terpakai kepada mereka yang telah berdaftar menggunakan aplikasi Gerak Malaysia, di mana daripada sejuta permohonan yang diterima, 462,505 daripadanya merupakan permohonan pergerakan antara negeri.
Berikut merupakan jadual perjalanan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh PDRM:
- Dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman di negeri lain seluruh negara: 7 Mei 2020
- Dari Perak, Johor dan Kelantan: 8 Mei 2020
- Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Pahang: 9 Mei 2020
- Dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu: 10 Mei 2020
Orang ramai diminta mengemaskini terlebih dahulu kepada aplikasi Gerak Malaysia versi 2.0, serta maklumat destinasi yang dituju bermula tarikh 4-5 Mei ini.
Bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi Gerak Malaysia boleh membuat permohonan secara bertulis di balai polis berdekatan.
Sementara itu, borang manual perjalanan merentas negeri boleh dimuat turun menerusi laman Facebook dan Twitter PDRM bermula hari ini (3 Mei 2020).
Sumber: Bernama