PDRM kurangkan lokasi sekatan jalan raya mulai Isnin ini

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan negara bakal memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri hari ini, pihak PDRM akan mengatur semula lokasi sekatan jalan raya di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sebahagian daripada lokasi sekatan jalan raya akan diatur semula ke lokasi yang lebih strategik.

"Rombakan ini akan melibatkan beberapa lokasi sekatan jalan raya serta  bertujuan untuk menyekat kehadiran pendatang tanpa izin," ujarnya ringkas kepada Bernama.

Abdul Hamid turut berkata, pasukan pemantau akan ditambah bagi memastikan orang ramai kekal mematuhi penjarakan sosial.

Sumber: Bernama TV

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Semasa diserbu, suspek cuba melanggar anggota menyebabkan tiga das tembakan dilepaskan bagi tujuan…
Informasi
"Polis percaya sebahagian daripada kumpulan penyerang telah melarikan diri ke Malaysia mengikut…
Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…