Waze perkenal sokongan saranan laluan dalam saluran ujian beta

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun terkenal sebagai salah satu aplikasi navigasi pilihan, antara kelemahan yang disedari oleh para pengguna Waze adalah ketiadaan fungsi saranan laluan yang perlu diambil oleh pemandu terutama di kawasan yang sibuk dan tidak biasa dilalui, sehingga menyebabkan sesetengah kita terlepas simpang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, usah bimbang kerana Waze dikatakan sedang menguji sokongan fungsi saranan laluan tersebut menerusi saluran ujian beta.

Fungsi saranan laluan ini sudah pun lama diperkenalkan oleh Google Maps, menjadikan ia alternatif kepada Waze terutama ketika memasuki kawasan bandar serta laluan lebuhraya.

Sebagai respon kepada permintaan ramai, berkemungkinan besar fungsi ini bakal diperkenalkan kepada pengguna umum dalam masa terdekat.

Apatah lagi ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan sudah mula dilonggarkan di sesetengah tempat, dan mungkin ramai yang dah terlupa jalan ke pejabat...

Sumber: Android Police

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…