Berlindung di sebalik hud enjin adalah nadi 2.0 liter TFSI yang mampu menjana 248 kuasa kuda yang disokong oleh motor elektrik (141 hp) yang menjadikan output keseluruhan sebanyak 362 kuasa kuda dan 500 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin serendah 1,250 rpm.
Antara peralatan standard yang dilengkapkan termasuk lampu utama LED matrix, tempat duduk sports, sistem kawalan iklim empat zon automatik, serta sistem paparan instrumen digital.
Rupa luaran pula dihiasi dengan set rim bersaiz 19 inci pada keempat-empat sudut, sistem suspensi sport, angkup brek berwarna merah, pakej kit badan S line, serta pakej kaca privasi untuk penumpang belakang.