Rally driver dari Terengganu guna simulator untuk berlatih semasa PKP

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai nampaknya yang terjebak dengan simulasi perlumbaan kenderaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Namun begitu, kos yang tinggi menyebabkan ramai yang teragak-agak untuk membelinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi penulis yang pernah terjebak di dalam kancah simulasi ini pada zaman Playstation 1 dan Sega Rally dahulu, alatan seperti stereng dan tempat duduk serta TV berskrin besar memang menjadi idaman.

Objektif utama adalah agar ia memberikan posisi tempat duduk seperti di dalam kenderaan itu sendiri.

 

 

 

 

 

Pelumba rali profesional dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu, Muhammad Syakirin Razaki nampaknya menggunakan masa lapang beliau di rumah untuk membina sebuah simulator yang hampir seperti kabin jentera rally beliau. 

Kos yang digunakan mungkin sama atau rendah sedikit dari simulator standard yang dibeli tetapi paling penting, Syakirin boleh membuatkan perubahan agar ia sama dengan jentera rally beliau.

 

 

Dalam temuramah beliau bersama Careta melalui Facebook Messenger, simulator itu mampu memberikan suasan latihan sebenar sebagai pelumba rali.

Antara komponen yang diberi perhatian ialah kedudukan tombol gear (shifter) dan juga brek tangan (e-brake). E-brake yang digunakan adalah kacukan dari tuil e-brake pada Satria rally beliau dan disambung dengan konsol pengawal permainan video tersebut.

"Saya buat penyesuaian agar ia sama dengan posisi pemanduan dalam kenderaan rally saya. Selain dari itu, saya juga mahu menggunakan komponen yang sama dengan apa yang ada pada kereta rally saya, " terang Syakirin.


 

 

Syakirin mahu menggunakan komponen-komponen yang sama seperti di dalam Satria rally beliau - selain dari e-brake, stereng "deep-dish" dan tombol gear itu adalah sama seperti di dalam jentera rallynya. 

"Saya terpaksa gunakan pencetak 3D untuk menghasilkan tapak penyambung antara komponen kereta seperti stereng, e-brake dan tombol gear itu ke konsol kawalan PSP," tambah Syakirin. Antaranya ialah tapak pengampung stereng 

Syakirin menghabiskan dalam lingkungan RM1,400 untuk menghasilkan rig itu sahaja. Kos lain termasuk alat permainan video Sony PS4 dalam RM1,000, stereng RM1,200, tempat duduk perlumbaan replika RM500 dan TV dalam RM1,000.

Namun begitu platform Syakirin ini dibina berdasarkan rig Simgearz, satu produk tempatan.

 

 

Kebolehan Syakirin dalam melakukan modifkasi rig ini sememangnya antara kebolehan-kebolehan seorang pemandu rally kerana mereka perlu tahu cara untuk membaiki jentera mereka semasa perlumbaan.

Memang kemas dan teliti buatan Syakirin ini. Syabas anak Terengganu!