Suzuki bakal perkenal Jimny lima pintu untuk pasaran India

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak daripada generasi kedua sehinggalah kepada generasi keempat, Suzuki Jimny hanya ditawarkan dalam bentuk badan SUV tiga pintu dengan penawaran ruang yang agak terhad dan kurang praktikal untuk keluarga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akan tetapi, berita yang timbul dari India ini bakal memberikan sinar baharu buat mereka yang menginginkan Jimny yang lebih praktikal, di mana Suzuki sedang merancang untuk menawarkan Jimny versi lima pintu.

Menurut laporan daripada Autocar India memetik sumber dalaman, pihak Suzuki India akan memasang dan memperkenalkan varian baharu Jimny dengan konfigurasi lima pintu di pasaran tersebut.

 


Setakat ini tidak jelas sama ada Suzuki bakal mengeksport model ke pasaran lain ataupun tidak.

Jimny lima pintu akan dibangunkan berdasarkan platform Jimny sedia ada, namun dengan jarak antara roda yang lebih panjang untuk memuatkan tempat duduk baris kedua.

Namun, spesifikasi teknikal masih kekal sama seperti Jimny asal seperti enjin 1.5 liter yang menghasilkan 105 kuasa kuda, sistem pacuan empat roda dan transfer case beserta gear julat rendah.

 


Sementara itu di Eropah, Suzuki telah mula menarik balik penjualan Jimny kerana tidak mematuhi peraturan emisi, sebaliknya bakal memperkenalkan Jimny di dalam kelas kenderaan komersil tanpa kehadiran tempat duduk belakang.

Sumber: Autocar India

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…