Langkah pihak Polis ini juga diambil bagi memudahkan dan mempercepatkan pergerakan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), doktor, jururawat, pasukan keselamatan serta agensi yang bertugas dan terlibat dalam menangani wabak Covid-19.
Semua sekatan dan lencongan jalan yang melibatkan laluan keluar dan masuk ke lebuhraya adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak Polis.
Oleh yang demikian, orang ramai boleh menghubungi pihak berkenaan di talian 03-2266 3356 untuk maklumat lanjut tentang sekatan atau lencongan jalan yang diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Pada masa yang sama, perkhidmatan-perkhidmatan kritikal di lebuhraya seperti PLUSRonda dan talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 masih beroperasi 24-jam setiap hari untuk membantu pelanggan ketika berlaku kecemasan.
Pada masa yang sama, PLUS mengambil peluang ini untuk menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi PKP, terus berada di rumah dan hanya melakukan perjalanan sekiranya benar-benar perlu bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.