COVID-19: Akhirnya Tesla menutup kilang di Fremont bermula 23 Mac

oleh HEZERI SAMSURI|
Setelah puas cuba menangkis bahawa kilangnya penting terhadap ekonomi dunia, Elon Musk akhirnya akur dan bersetuju untuk menutup operasi kilang Tesla di Fremont, California bermula esok (23 Mac).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tesla mengumumkan penutupan sementara itu di dalam laman web rasmi syarikat itu.

Sebelum itu Tesla berkata operasi kilangnya adalah "infrastruktur nasional yang penting" walaupun syarikat-syarikat kereta lain yang lebih besar sudah awal-awal memberhentikan operasi kilang mereka kerana COVID-19.

Tesla juga akan menghentikan sementara operasi kilang panel solar mereka di New York. Kilang bateri Tesla di Nevada bagaimanapun akan diteruskan.

Tesla sudah mempunyai US$6.3 billion di dalam bank seawal tahun ini dan ia telah mengumpulkan tambahan dana US$2.3 billion dari pasaran saham. 

Elon lebih dari mampu untuk menutup kilangnya buat sementara waktu agar pekerja-pekerja dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan COVID-19.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…