Tesla sambut unit pengeluaran yang ke-sejuta!

oleh Mohamad Hanif|
Tesla memulakan produksi model pertama iaitu Tesla Roadster pada tahun 2008 diikuti oleh model-model produksi massa seperti Model S, Model 3, Model X dan juga Model Y.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas kira-kira 12 tahun memulakan produksi sebagai sebuah syarikat kenderaan elektrik sepenuh masa, Tesla akhirnya berjaya mencapai unit pengeluaran yang ke-sejuta, sekaligus menjadikan Tesla syarikat pengeluar EV terbesar di dunia. 

Sambulan pencapaian tersebut dilakukan di HQ Palo Alto, California bagi meraikan pencapaian pengeluaran unit yang ke-sejuta, iaitu sebuah Tesla Model Y berwarna merah. 
 


Tesla telah pun membuka fasiliti Gigafactory kedua di Shanghai, China lewat tahun lalu dan ia ternyata berjaya menambah kadar produksi tahunan berbanding bergantung pada Tesla Factory yang terletak di Amerika Syarikat. 

Untuk tahun 2020, Tesla merancang untuk menghasilkan tidak kurang daripada 150,000 buah kenderaan di Gigafactory 3 (China) digandingkan dengan kapasiti fasiliti kilang di Fremont sebanyak 500,000  unit menjadikan kadar pengeluaran sebanyak 650,000 unit setahun. 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…