Terbabas masuk sungai selepas 10 minit lulus ujian memandu

oleh Mohamad Hanif|
Hari yang sepatutnya diraikan dengan tenang bertukar menjadi tidak tenang apabila seorang pemandu yang baharu sahaja lulus ujian memandu gagal dalam ujian pemanduan sebenar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berlaku di China, kereta yang dipandu lelaki yang dikenali dengan nama Zhang itu hilang kawalan dan terjunam ke dalam sungai selepas 10 minit beliau lulus ujian memandu. 

Pemandu baharu itu dikatakan leka membaca mesej ucapan tahniah daripada rakannya menerusi peranti pintar sebelum didapati hilang kawalan di Laoping Bridge. 

Zhang berjaya meloloskan diri dengan membuka pintu sebelah penumpang secara paksaan, dan nasib beliau amat baik apabila orang awam turut berhenti dan membantu beliau memberikan pakaian yang kering. 

Pihak polis juga turut membantu menaikkan kenderaan pemandu malang itu keluar dari sungai. 

Sumber: The Star
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Global
"Kami sedang mengusahakan generasi kelima untuk model sedan yang menggunakan tenaga hidrogen.…
Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…