Namun hakikatnya, mereka hanyalah sekadar burung kakak tua yang telah dilatih untuk bercakap apa yang telah mereka ajarkan.
Tak suka tak mengapa, kami pun tiada kuasa untuk menghalang, akan tetapi bagi mereka yang gemar akan kereta-kereta terkini Kia dan tidak mahu nama 'Kia' itu wujud, solusinya telah dijumpai.
Sebuah syarikat kecil yang berasal dari negara yang sama kini menawarkan produk menukar lencana asal Kia kepada jenama baharu, dikenali sebagai Brenthon.
Menurut kata Jalopnik, Brenthon merupakan sebuah syarikat yang menjual lencana pengganti nama Kia termasuklah emblem pada stereng, dan wheel caps yang memaparkan nama Brenthon untuk Kia Optima.
Harga untuk komponen tersebut tidaklah begitu mahal, di mana lencana hadapan boleh dibeli pada harga 32,000 won (RM117), emblem stereng bernilai 18,000 won (RM62) manakala wheel caps pula berharga 40,000 won (RM136).