Anugerah ini adalah suatu yang berprestij dan mempunyai kredibiliti tinggi kerana dipilih oleh pakar automotif sendiri. RJC memuji eK kerana kabin yang selesa, kapasiti dalaman dan juga prestasi pemanduan dan kecekapan yang turut disumbangkan oleh platform dan nadi kuasa baharu.
Selain ciri tersebut, kedua-dua eK dipilih kerana teknologi bantuan yang mampu meringankan tekanan pemandu.
Model tersebut juga telah meningkatkan standard kereta-kei melalui pengenalan teknologi MI-PILOT (Mitsubishi Intelligent-PILOT) yang terdiri dari kawalan jelajah adaptif dan pencegahan kemalangan berdepan.
Teknologi seumpama itu biasanya dilengkapi pada segmen lebih tinggi dan premium pada harga berlipat kali ganda.
Melalui kemenangan terbaru ini, Mitsubishi berjaya menambah koleksi COTY RJC selepas memenanginya pada tahun 2019 melalui Eclipse Cross dan i Kei Car pada 2007.
COTY RJC kali ke-29 dipilih dari kalangan kereta baharu Jepun yang dilancarkan di pasaran domestik di antara 1 November hingga 31 Oktober 2019.
Jawatankuasa pemilihan menyenarai pendek enam model terbaik pada 1 November sebelum undian dibuat pada 12 November bagi memilih pemenang keseluruhan.
Penulis: Muhammad Md Tajudin