Jalan raya yang terbaik bukanlah sekadar struktur jalan yang baik, malah kesesakan trafik, serta faktor perangai manusia yang macam syaitan juga sebenarnya merupakan faktor yang perlu diambil kira.
Berdasarkan kajian daripada Mister Auto, mereka telah menentukan senarai 10 buah bandar terbaik dan 10 bandar yang terburuk untuk dipandu di seluruh dunia.
Daripada ratusan buah bandar besar di seluruh dunia, Mister Auto mengkategorikan senarai tersebut berdasarkan tiga kategori utama, iaitu infrastuktur, keselamatan serta kos yang berkaitan, dan setiap kategori pula mengambil kira beberapa aspek seperti:
- bilangan kenderaan per kapita
- kesesakan trafik
- kualiti pengangkutan awam
- kualiti udara
- amukan jalanan
- cukai jalan tahunan
Berikut merupakan senarai 10 bandar terbaik dan 10 bandar tercorot dari seluruh dunia:
1. Calgary, Kanada
2. Dubai, UAE
3. Ottawa, Kanada
4. Bern, Switzerland
5. El Paso, USA
6. Vancouver, Kanada
7. Gothenburg, Sweden
8. Dusseldorf, Jerman
9. Basel, Switzerland
10. Dortmund, Jerman
.
.
91. Moscow, Rusia
92. Rio de Janeiro, Brazil
93. Mexico City, Mexico
94. Sao Paulo, Brazil
95. Bogota, Colombia
96. Karachi, Pakistan
97. Lagos, Nigeria
98. Kolkata, India
99. Ulaanbaatar, Mongolia
100. Mumbai, India
Menurut Pengarah Urusan Mister Auto, Sebastien Rohart berkata, "ada terdapat beberapa bandar di dunia yang mempunyai kualiti udara yang sangat teruk, sehinggakan anda tidak boleh membuka tingkap langsung ketika memandu."
Sayang sekali, ibu negara Kuala Lumpur tidak tersenarai langsung di dalam indeks 100 buah bandar yang tertera...
Untuk kajian yang lebih mendalam, anda boleh merujuk pautan di bawah untuk bacaan lanjut: