Ford Mustang Lithium EV - Mustang elektrik berkuasa 900 hp, transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Sementara kita menunggu SUV/Crossover elektrik yang diinspirasikan daripada Ford Mustang muncul ke alam realiti, adalah lebih baik jika anda menumpukan perhatian kepada model Mustang sebenar yang dipamerkan pada acara SEMA 2019 tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidaknya, ia merupakan sebuah prototaip Ford Mustang Lithium - dan seperti nama yang tertera, ia dijana dengan kuasa elektrik sepenuhnya dengan angka mencecah 900 kuasa kuda!

 


Untuk menambahkan lagi perisa kepada Ford Mustang Lithium ini, ia turut didatangkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan. 

Sebelum terlupa, anda harus ingat bahwa Ford Mustang GT500 pun tidak didatangkan dengan transmisi manual!


Bagi menggantikan peranan enjin V8 berkapasiti besar yang biasa mendiami badan Mustang ini, Ford telah menggunakan trenkuasa motor elektrik dua teras Phi-Power yang digandingkan dengan inverter kuasa berkembar. 

Sistem bateri Webasto 800 voltan digunakan bagi menjana kuasa yang diperlukan dan mempunyai keupayaan untuk mendiscaj tenaga sebesar 1 Megawatt (MW). 


Kuasa yang dijana tersebut dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan Getrag MT82 yang direka supaya mampu bertahan dengan daya kilas segera sebesar 1,356 Nm itu. 

Beberapa komponen khas telah ditukar seperti differential Super 8.8 Torsen, strut tower brace dan sistem suspensi yang telah direndahkan, manakala sistem brek Brembo enam piston daripada Shelby GT350 telah dipinjamkan untuk mengawal kuasa 900 kuasa kuda tersebut. 

 


Namun begitu, Ford telah menetapkan beberapa mod pemanduan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa, seperti Valet, Sport, Track dan Beast, dimana keempat-empat mod ini boleh diakses menerusi skrin sentuh 10.4 inci di bahagian tengah. 

Bagaimana rasanya membawa sebuah kereta elektrik dengan transmisi manual? Hmm. Teringin juga kami nak rasa.