Setakat ini, Proton mempunyai sebanyak 104 buah cawangan 3S & 4S di seluruh negara, sekaligus menjadikannya syarikat kereta yang terbanyak di Malaysia.
Sebagai pelabur baharu Proton, Encik Ridzuan Datuk Hj Lassim, Pengarah Shirba Auto World Sdn Bhd berkata, "Prospek perniagaan Proton mempunyai harapan yang cerah di masa hadapan, terutama dengan
adanya rangkaian model-model baharu.
Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton pula berkata, "Ramai pihak membuat keputusan untuk melabur sebagai pengedar kerana mereka telah melihat perkembangan positif serta jenama yang kukuh. Persepsi terhadap jenama juga telah berubah dan ini dapat dibuktikan melalui peningkatan jualan kereta syarikat."
Setakat pada tahun ini, jualan di Malaysia Timur meningkat sebanyak 31 peratus. Di Sabah sahaja, kenaikan adalah 39 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Saga tetap menjadi model paling popular di negeri ini.