Perdana Menteri berkata negara BELUM BERSEDIA menggunakan kereta terbang sebagai satu sistem pengangkutan negara.
Beliau turut berkata, Malaysia akan memiliki kereta terbang satu hari nanti, tetapi bukan sekarang.
Menurutnya lagi, ia akan menimbulkan masalah lain jika semua orang memiliki kereta terbang. “Kita boleh gunakan dron dan ia juga boleh bawa benda berat dan lebih selamat.
“Ramai bercakap mengenai kereta terbang. Bayangkan jika semua orang ada kereta terbang, nanti sesak pula di udara dan polis trafik pun kena terbang sekali,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 di Kuala Lumpur pada hari Khamis lalu.
Video wawancara tersebut di sini:
Sumber: BH Online
Video: KiniTV