Leitner telah menjawat pelbagai jawatan pengurusan di kumpulan Porsche Holding Salzburg sejak tahun 1988.
Di antara jawatan yang telah dipegang oleh beliau adalah Pengarah Urusan di Porsche Romania selama empat tahun, Pengurus Besar di Porsche Chile dan PGA Ellada, selain Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Finance Group Romania.
Leither telah berkata, “Saya sangat teruja untuk berada di rantau ini, hidup di Malaysia dan Singapura serta bekerja dengan orang yang datang dari budaya danlatar belakang berbeza. Ini akan menjadi satu bentuk perjalanan dan pengalaman belajar yang baru buat saya. Saya harap akan dapat memanfaatkan segalanya sepanjang berada di sini.”
Leitner akan memberi fokus kepada aspek sumber manusia, teknologi maklumat dan kewangan. Sementara Winter akan terus memantau aspek jualan, selepas jualan, rangkaian pengedar dan operasi pemasaran VPCM.
Winter mengalu-alukan kehadiran Leitner dengan berkata, “Leitner merupakan lantikan terbaik kepada pasukan pengurusan kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang kewangan dan peruncitan automotif. Persekitaran automotif di Malaysia berkembang pantas dan saya percaya beliau akan dapat menyesuaikan diri.”
Dengan barisan produk akan datang yang menarik dan peningkatan angka selepas jualan lebih agresif di bawah janji jenama Volkswagen Cares, kedua-dua orang Pengarah Urusan VPCM ini yakin bahawa jenama Volkswagen akan terus berkembang dan memberikan saingan yang kompetitif.