Kia bakal hadir dengan pencabar sebenar kepada Ranger, Navara

oleh Mohamad Hanif|
Desas desus Kia sedang membangunkan sebuah trak pikap nampaknya bakal direalisasikan apabila laporan daripada CarsGuide mengesahkan jenama Korea itu telah memulakan fasa pembangunannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut COO Kia Australia, Damien Meredith memberitahu CarsGuide bahawa trak pikap terbaharu dari Kia itu bakal mendarat di negara tersebut seawal tahun 2022, manakala rakannya Hyundai juga akan turut hadir dengan trak pikap versi tersendiri. 

Tambah Meredith lagi, trak pikap Kia tidak disasarkan kepada segmen kenderaan gaya hidup seperti Honda Ridgeline atau konsep Hyundai Santa Cruz. 

Sebaliknya, mereka sedang mengusahakan sebuah trak pikap bersaiz sederhana yang sebenar dengan keupayaan off-road yang mampu menandingi jenama-jenama besar seperti Ford Ranger, Toyota Tacoma, Nissan Navara (dikenali sebagai Frontier di Australia) dan juga Chevrolet Colorado.

Trak pikap Kia bakal ditawarkan dalam dua varian enjin petrol dan juga diesel, selain konfigurasi kabin tunggal dan juga kabin berkembar. 

Sumber: CarsGuide

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…
Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…