Pengeluaran model ini akan bermula di kilang Oxford pada hujung tahun 2019 dan penghantaran pertama pada Mac 2020.
Memandangkan MINI ini menggunakan motor elektrik, prestasinya hampir kepada model MINI Cooper S dan dipasarkan pada harga yang kompetitif. MINI menjangkakan model ini menerima sambutan hangat daripada masyarakat.
MINI ini sama sahaja dengan model Mini tiga pintu. Gril yang digunakan ditutup habis oleh kerana EV tidak memerlukan banyak penyejukan dan ia turut membantu dari segi aerodinamik.
Bahagian bawah kereta juga tertutup manakala pembeli ditawarkan dengan apron belakang dan roda 17 inci dua tona MINI Electric Corona Spoke.
Plug pengecasan terletak pada kedudukan sama seperti penutup tangki minyak model biasa. Ruang But MINI tidak terjejas seperti kelaziman EV dan kekal pada 211 liter dan bertambah 731 liter apabila kerusi belakang dibaringkan.
Pek bateri MINI ini mempunyai 12 modul sel lithium-ion di bawah lantai kereta dengan kapasiti bateri berjumlah 32.6 kWh.
Motor elektrik yang digunakan adalah paling baharu dan versi berkuasa yang dibangunkan oleh BMW Group. Output kuasanya ialah 184 hp dan tork maksimum 270 Nm.
Hasilnya pecutan dari kosong hingga 100 km/j dalam masa 7.3 saat dan kelajuan maksimum 149 km/j.
Berat MINI Electric hanya 145 kg lebih daripada model MINI Cooper S Automatik. Bagi mematuhi undang-undang EU, MINI Electric dilengkapi perlindungan akustik pejalan kaki untuk kelajuan rendah dan bunyi khas untuk kereta ini dan dihasilkan melalui pembesar suara.
Berikut ialah spesifikasi teknikal MINI Electric:
Output kuasa |
135.0 |
kW |
Output kuasa |
184.0 |
hp |
Tork maksimum |
270.0 |
Nm |
Kapasiti bateri kasar |
32.6 |
kWh |
Kapasiti bateri bersih |
28.9 |
kWh |
Pecutan 0 - 100 km/j |
7.3 |
saat |
Kelajuan maksimum |
149 |
km/j |
Jarak pemanduan (WLTP) min-maks |
199 - 231 |
km |
Pengecasan 0-80% DC 50 KW |
35 |
minit |
Pengecasan 0-100% AC 11 KW |
210 |
minit |
Tempoh pengecasan 0-80% AC 11 KW |
150 |
minit |
Penggunaan kuasa (WLTP) (min-maks kasar) |
15.5-18.0 |
kWh/100km |
Terdapat tiga varian utama MINI Electric iaitu standard, mid dan premium dengan aneka kelengkapan seperti kamera undur, kerusi dengan pemanas, pek bantuan pemanduan, Kawalan Jarak Parkir (PDC), Bantuan Parkir, Bumbung Suria Panoramik, lampu Matrix LED, sistem suara Harmon Kardon dan Head-up Display.
Varian standard dipasarkan pada harga £24,400 (RM126,029) mid pada £26,400 (RM136,359) dan premium pada harga £30,400 (RM157,020).
Kami tertanya apa rasa memandu Mini tanpa enjin konvensional dan diganti dengan motor elektrik. Mungkin rasanya ibarat sebuah go kart dengan bateri dan meluncur laju bak kereta kawalan jauh!
Penulis: Muhammad Md Tajudin
*£1.00 = RM5.18