Diesel Euro 5 sudah lama diperkenalkan di pasaran Malaysia, namun ia tidaklah boleh didapati secara meluas kerana hanya sesetengah stesen minyak sahaja yang menawarkannya.
Dengan adanya teknologi mudah alih di tangan anda, mencari stesen minyak yang menawarkan Diesel Euro 5 ini menjadi lebih mudah, iaitu aplikasi Setel.
Dengan filter Fuel Type, aplikasi Setel ini akan memaparkan stesen minyak yang berhampiran di dalam peta, atau menerusi senarai stesen minyak berdasarkan jarak daripada lokasi anda.
Menariknya, aplikasi ini bukan sahaja memudahkan anda mencari bahan api untuk kenderaan anda, ia juga membolehkan anda menentukan lokasi surau, ATM, dan outlet makanan seperti KFC, McD dan Starbucks.
Manakala untuk Diesel Euro 5 dari jenama yang lain, anda boleh merujuk kepada pautan yang kami sediakan di bawah:
Sumber: Soya Cincau