Video: Berapa banyak Jimny diperlukan untuk menggerakkan G-Wagen?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Resepi Suzuki yang ditaburkan pada SUV cilik Jimny nampaknya menjadi apabila ia merupakan antara model paling banyak menjadi buah mulut orang ramai (termasuklah peminatnya di Malaysia). 

Dengan permintaan yang semakin meningkat, kilang pemasangan Suzuki di Jepun nampaknya tidak menang tangan bahkan menunggu masa supaya tugas tersebut dapat dibahagikan sama-rata oleh kilang pemasangan yang bakal beroperasi di Indonesia. 

Rekaan berkotak pula banyak memberikan pilihan modifikasi daripada Land Rover Defender, Mercedes-AMG G63 sehinggalah kepada pakar kit badan kustom Black Bison Edition daripada Wald International.

Namun, dalam dunia sebenar, bagaimanakah prestasi Jimny jika dibandingkan dengan Mercedes-AMG G63? 
 


Atas kertas, ia bukanlah sebuah jentera off-road yang sangat berkuasa, enjin 1.5 liter aspirasi natural tersebut hanya menghasilkan 100 kuasa kuda dan 138 Nm. 

Manakala di piihak lawannya, Mercedes-AMG G63 dilengkapi enjin 4.0 liter twin-turbo bentangan V8, dengan kuasa sekitar 577 kuasa kuda dan daya kilas 850 Nm. 

Cukup mudah untuk mengalahkan SUV cilik itu. 

Bagaimanakah hasil 'eksperimen' perlumbaan Tug Of War antara kedua jentera tersebut? Saksikan video di bawah:

 

Sumber: CarWow YouTube

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…