Hot hatch Ford Focus ST dilancarkan - 276 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara hot hatch yang paling dinanti-nantikan, Ford Focus ST akhirnya memunculkan diri di khalayak ramai tanpa sebarang gambar acah diterbitkan oleh Ford. 

Ford Focus ST dibina berdasarkan seni reka platform C2 serba baharu daripada Ford Focus generasi baharu, memberikan konfigurasi sistem gantungan, brek dan trenkuasa yang unik. 
 


Sistem gantungan menampilkan ciri Continuously Controlled Damping (CCD) sebagai ciri standard, memberikan kadar kekerasan serapan hentakan sebanyak 20% dan menurunkan ketinggian kereta sebanyak 10 mm. 

Menurut Ford lagi, hasil daripada pembangunan platform ini membolehkan Ford Focus mencapai tahap pengendalian yang lebih responsif dan jitu, terutama ketika di dalam litar. 

Membantu pengendalian yang lebih baik ialah penalaan terhadap sistem stereng elektrik (EPAS) yang memberikan kadar pusingan 15% lebih pantas berbanding Focus standard. 
 


Ford Focus ST didatangkan dengan dua enjin dan dua bentuk badan pilihan, iaitu hatchback dan wagon (siapa kata segmen wagon sudah terkubur?). 

Mengambil pengajaran daripada pembangunan supercar Ford GT dan F-150, enjin petrol empat silinder 2.3 liter turbo ini mampu memberikan kuasa setinggi 276 hp dan daya kilas 420 Nm (3,000 - 4,000 rpm), menjadikan ia 12 peratus lebih berkuasa dan 17 peratus lebih daya kilas berbanding unit 2.0 liter pada Focus ST terdahulu.

Kesan daripada nadi baharu dengan teknologi anti-lag ini, kuasa pecutan dari 0-100 km/j mampu mencapai catatan masa kurang daripada 6 saat!

Selain daripada petrol, Ford juga turut memberikan enjin EcoBlue diesel 2.0 liter dengan angka 187 hp dan 400 Nm bersedia untuk dihamburkan di jalanan. 
 


Untuk membantu kadar cengkaman tayar dan kestabilan, Ford Focus ST turut hadir dengan mod pemanduan yang boleh dipilih serta buat pertama kalinya, ciri limited-slip differential (LSD) elektronik dimuatkan pada hot hatch ini.

Kedua-dua enjin ini digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan (dengan ciri short-shift) atau transmisi automatik tujuh nisbah kelajuan bagi mereka yang tidak menggemari sistem operasi tiga pedal.

Cantik spesifikasi di luar diteruskan kesinambungan cantik di bahagian dalam. 

 


Untuk bahagian kabin, pemandu akan disambut dengan stereng sport, trim aluminium, serta tempat duduk daripada Recaro yang didatangkan dengan pilihan balutan kulit, fabrik atau upholsteri Miko Dinamica

Ford Focus ST (hatchback dan wagon) akan mula dijual di pasaran Eropah pada musim panas ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model asas Born, Born VZ telah diberi naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch…
Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…