Parkir kereta pun perlu waspada, ini tip selamat oleh IAM RoadSmart

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebagai amalan selamat, kita perlu mengurangkan risiko supaya dihindari perkara yang tidak baik. Sekalipun berjalan ke tempat meletak kereta, sikap waspada itu perlu ada.

Untuk itu, Richard Gladman, Ketua Standard Pemanduan dan Tunggangan IAM RoadSmart memberikan tip di bawah untuk perlindungan diri sebelum, semasa dan selepas meletak kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jangan buka kunci terlalu awal

 

IAM RoadSmart

 

Selepas siap membeli belah dan keluar dari pasaraya dengan troli penuh biasanya pemandu akan menekan butang penggera untuk membuka kunci kereta supaya tidak kelam kabut selepas itu.

Ini tindakan berisiko memandangkan penjenayah boleh menghampiri kereta anda dan membawa lari barang berharga.

Kereta dengan fungsi but automatik pun sama, senang-senang saja boleh ambil dan lari.

Pastikan butang kunci dibuka apabila anda benar-benar hampir dengan kenderaan.

Jangan dedah atau tinggal kunci di tempat terbuka

Ini juga satu tabiat bila mana kunci ditinggalkan di atas meja sewaktu minum atau menjamu selera di luar.

Kita tidak tahu niat orang sekeliling dan ia sebenarnya terdedah kepada risiko merbahaya. Jika dibawa lari memang parah.

Tambahan pula set kunci kereta moden mempunyai kod tertentu dan kita tidak tahu kebolehan penjenayah dalam teknologi serba canggih sekarang ini.

Jangan gantung kunci di sebelah tingkap dan pintu

Ini satu lagi tabiat berisiko, gantung kunci di sebelah tingkap atau pintu. Pencuri boleh mencapai kunci dengan mudah. Pancing ikut bukaan tingkap atau pintu.

Teknik ini memang licik dan biasanya tidak sedar ia berlaku sampai kita memerlukannya. Pastikan kunci disimpan di tempat yang baik dan selamat.

Pilih tempat parkir yang baik

 

IAM RoadSmart

 

Biasanya apabila jumpa slot kosong pemandu akan terus masukkan kereta. Tetap kena berhati-hati dan lihat kenderaan yang diparkir sebelah.

Parkir di sebelah lori besar bukan idea yang baik. Kereta anda mempunyai potensi untuk bergesel. Bukan setakat lori, parkir di sebelah kereta belasahan juga bukan idea yang baik.

Jika berhadapan dengan situasi begitu, eloklah mencari slot lain yang lebih meyakinkan.

Adakah parkir tersebut terlindung?

Tanya soalan ini apabila meletak kereta. Penting jika anda pulang lewat malam atau berseorangan. Pilih parkir yang terang dan tidak tersembunyi.

 

IAM RoadSmart

 

Pesan Richard, "Kita biasa menyinggah dan kemudian terlupa, penting untuk tidak meninggalkan kereta dalam keadaan enjin hidup walaupun berhenti sebentar untuk mengambil barang. Hanya beberapa saat sahaja diperlukan untuk kereta dibawa lari.

IAM RoadSmart adalah cabang perniagaan badan kebajikan keselamatan jalan raya terbesar di United Kingdom yang menjalankan pelbagai kursus jalan raya. 

IAM RoadSmart berada dibawah Institute of Advanced Motorists (IAM) dan mempunyai lebih daripada 92,000 keahlian. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin