Ya, ini merupakan kit badan RC20GT, dihasilkan oleh firma talaan Mugen yang banyak menghasilkan kit OEM untuk kegunaan model-model keluaran Honda.
Honda Civic Type R generasi terdahulu (EK9, EP3, dan sedan FD2) hadir ke dalam pasaran yang membawakan reka bentuk yang minimalis, serta prestasi yang amat mengkagumkan.
Apabila Civic Type R generasi baharu muncul, imej minimalis yang dibawakan oleh generasi Type R terdahulu tersebut berubah sekelip mata menjadi radikal, malah sesetengahnya menggelarkan Civic Type R seperti Gundam versi kereta.
Namun, lupakan seketika Civic Type R FK8 tersebut kerana Mugen telah hadir dengan kit badan yang lebih agresif dan ianya kini disahkan sudah pun memasuki fasa pra-produksi.
Digelar sebagai RC20GT, kit badan ini dilihat tidak banyak berubah daripada model konsep RC20GT Type R yang pernah dipamerkan pada tahun lalu.
Tidak dapat dipastikan apa wabak yang melanda para pereka Mugen, namun Mugen mendakwa kit badan ini mampu meningkatkan kadar aerodinamik ketika kelajuan tinggi.
Sedan Type R FD2 merupakan antara sedan paling cantik pernah dihasilkan oleh Honda, dan dengan elemen prestasi daripada Mugen, 300 unit Mugen RR tersebut habis terjual dalam masa 10 minit sahaja!
Enjin K20A tersebut mampu menjana kuasa sehingga 237 hp dan 218 Nm, terima kasih kepada penggunaan barangan prestasi seperti camshaft, sistem ekzos dan ECU.
Masih ingatkah anda kepada model Honda Civic Type R di atas?