Little D dan Little G DAMD untuk Jimny tampak lebih gagah dalam dunia nyata!

oleh Mohamad Hanif|
Sekitar beberapa bulan yang lalu, DAMD selaku pakar barangan aftermarket Jepun telah menerbitkan dua buah imej janaan komputer (CGI) bagi kit badan kustom untuk Suzuki Jimny.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Little D dan Little G, masing-masing menggambarkan inspirasi kit badan daripada Land Rover Defender dan Mercedes-Benz G-Class dipamerkan dalam bentuk gambar dunia sebenar. 

Berdasarkan dua buah gambar tersebut, ia menampakkan Suzuki Jimny yang lebih kemas dan menarik jika dibandingkan dengan gambar konsep CGI tersebut.
 


Menurut DAMD, kedua-dua kit badan tersebut akan mula dijual kepada umum pada musim bunga ini dan harga jualan akan diumumkan kemudian. 

Terdapat dua pakej kit badan yang ditawarkan kepada pemilik Jimny Sierra dan kei-car Jimny, dan ianya hanya terhad kepada pasaran Jepun sahaja buat masa ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…