Menurut Hyundai, lokasi pengesan cap jari ini akan diletakkan pada dua tempat, iaitu pada pemegang pintu dan juga butang pandu mula pada papan pemuka.
Sistem pengesan cap jari ini bakal menyimpan tetapan peribadi yang kita telah tetapkan pada kedudukan cermin sisi, tempat duduk, serta tetapan sambungan ke internet.
Malah, pada masa akan datang, Hyundai bakal memperluaskan kegunaannya bagi menetapkan suhu kabin yang dikehendaki, kedudukan kolum stereng dan pelbagai tetapan bersifat peribadi pada kenderaan mereka.
Sistem pengesan cap jari dari Hyundai ini menggunakan pengesan jenis kapasitif dengan kebolehan untuk membezakan hampir 50,000 jenis cap jari, menjadikan ia mampu mengelakkan orang lain mendapat akses tanpa kebenaran.
Pun begitu, tidak dinyatakan secara spesifik apakah cara alternatif yang bakal disertakan memandangkan Hyundai benar-benar mahukan peranan kunci dihapuskan sama sekali.