Sebaliknya, menurut ketua rekaan Mazda, Jo Stenuit, model EV ini merupakan model mandiri (standalone) dan mereka merancang untuk menghasilkan sebuah EV yang normal dan dengan rekaan yang tidak terlalu futuristik.
"Kami tidak mahu hasilkan sebuah peti sejuk jenama Mazda, seperti mana rekaan kereta elektrik yang lain!" ujar beliau berseloroh.
Walaupun sebelum ini sudah kedengaran berita kerjasama antara syarikat Mazda bersama Toyota dan Denso untuk menghasikan kenderaan elektrik, menurut CEO Mazda Eropah Jeff Guyton, Mazda telah lama merancang untuk menghasilkan EV sendiri sebelum perjanjian tersebut dilakukan.
Ini bermakna, kita boleh menjangkakan dua (atau lebih) buah model EV yang bakal memakai lencana Mazda pada tahun akan datang.