Kajian - Golongan perokok lebih cenderung untuk langgar undang-undang jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, tabiat merokok di kalangan para pemandu memberikan kesan kepada cara pemanduan dan juga kelakuan mereka ketika sedang berada di dalam kenderaan?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dengan menggunakan sampel daripada penduduk Latvia, mereka telah menemukan kaitan di antara tabiat merokok dengan kelakuan yang tidak menyenangkan ketika berada di atas jalan. 

Sebanyak 12,619 orang responden telah mengambil bahagian di dalam kajian tersebut, dan daripada jumlah tersebut, 33.2% daripadanya merupakan perokok tegar.

 

Berdasarkan kajian yang diperoleh menerusi pembahagian kumpulan umur, jantina, serta faktor yang berkaitan, didapati peratusan kumpulan perokok yang dimaksudkan merupakan golongan yang ingkar mematuhi peraturan di atas jalan seperti tidak memakai tali pinggang keledar, enggan memberikan isyarat ketika membelok serta pelbagai kelakuan yang membahayakan. 

Malah, kumpulan perokok tersebut secara jujurnya melaporkan mereka tidak pernah memakai tali pinggang keledar sekalipun ketika memandu atau menumpang kenderaan, berlawanan dengan golongan yang bukan perokok. 

Merokok itu sendiri merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tumpuan pemanduan teralih dan di dalam satu kajian yang dibuat oleh National Institute of Health, tabiat merokok ini lebih mendatangkan bahaya daripada golongan yang menggunakan telefon pintar ketika memandu. 


smoking


Jadi, adakah anda juga berada di dalam golongan yang serupa? 

Sumber: sini