Berikut merupakan ringkasan daripada bentangan berkenaan isu pengangkutan awam.
- Syarikat Prasarana Bhd akan memperbaiki jaringan perkhidmatan basnya di tiga tempat utama
- Ia merangkumi 1,131 bas RapidKL, 408 RapidPenang, 69 RapidKuantan dan 300 buah bas perantara MRT.
- Bagi memaksimumkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan, Prasarana juga akan bekerjasama dengan syarikat bas swasta lain untuk pengurusan laluan, perkhidmatan dan kawalan kos.
- Kos pembinaan LRT3 dan MRT2 dikurangkan, manakala projek landasan berkembar Lembah Klang 2 ditawarkan secara tender terbuka
- Laluan LRT3 sepanjang 37 km kini melibatkan kos RM16.6 billion daripada kos asal berjumlah RM31.6 billion (penjimatan sebanyak 47%)
- Bagi laluan MRT2 pula, kontrak pembinaan berjaya menurunkan kos kepada RM30.5 billion daripada kos asal RM39.3 billion (penurunan sebanyak 22.4%).
- Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 yang bernilai kira-kira RM5.2 billion ditender semula berbanding penganugerahan melalui kaedah rundingan terus pada kerajaan lalu.
- Projek MRT3 bernilai RM60 billion dibatalkan sehingga projek MRT2 siap sepenuhnya.
- Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura juga ditangguh pelaksanaannya.
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM20 juta untuk menyediakan bas tambahan GoKL secara percuma, tambahan kepada empat laluan sedia ada.
- Tabung Pengangkutan Awam dengan dana RM500 juta juga bakal menawarkan insentif subsidi berkadar faedah 2% kepada teksi, syarikat bas, serta pengendali pengangkutan awam menerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
- Akhir sekali, kenaikan bayaran tol di kesemua lebuhraya utama dalam bandar akan dibekukan mulai tahun 2019, melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM700 juta
- Tol motosikal di Jambatan Pertama, kedua Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor turut dimansuhkan, juga mulai 1 Januari 2019.
- Keutamaan diberikan kepada Laluan Tambak Johor dan Laluan Kedua ke Singapura bagi mengurangkan kesulitan berulang alik setiap hari yang dihadapi oleh rakyat dan pemastautin.
- Untuk itu, RM10 juta diperuntukkan untuk menaiktaraf Autogate Malaysia Automated Clearance System dan M-Bike.