Video: Mari melawat kilang pemasangan Lamborghini di Itali

oleh Mohamad Hanif|
Fasiliti pemasangan supercar eksotik buatan Itali ini terletak di Sant'Agata Bolognese, sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 35.5 km daripada Maranello, tempat kelahiran seteru utamanya Ferrari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga setengah tahun pertama 2018, syarikat automotif Itali itu telah membuat penghantaran kira-kira 2,327 unit kenderaan yang terdiri daripada 1,604 Huracan, 673 Aventador, dan 50 unit SUV baharu Urus. 

Kilang pemasangan tersebut telah ditambah keluasannnya sejak dua tahun lalu bagi membolehkan ia menampung produksi sebanyak 8,000 unit kenderaan setahun, suatu angka yang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pengeluar utama dunia oleh kerana kepakaran Lamborghini hanyalah menghasilkan supercar. 

Untuk melawat ke kilang pemasangan Lamborghini di Itali mungkin merupakan suatu permintaan yang sukar, namun menerusi saluran Youtube Mr JWW, beliau telah diberikan peluang melawat fasiliti tersebut di samping memaparkan kerja disebalik tabir pemasangan supercar-supercar eksotik. 

Saksikan video lawatan yang diterbitkan oleh Mr JWW, sambil mencuci mata ke kilang pemasangan Lamborghini, salah satu fasiliti produksi yang paling hijau (mesra alam) di dalam industri. 

 

Sumber: Youtube Mr JWW

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…
Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …