Syarikat Iran bina Murcielago - supercar dengan nadi kuasa daripada enjin V6 Hyundai

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini Murcielago merupakan sebuah supercar pewaris kepada Diablo yang dihasilkan dalam lingkungan tahun 2001 sehingga ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2010.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Versi terakhir Murcielago LP 670-4 SuperVeloce  menggunakan enjin bentangan V12 6.5 liter yang menghasilkan 661 kuasa kuda dan 660 Nm sebelum diterjemahkan kepada kuasa pecutan sepantas 2.8 saat dari 0-100 km/j. 

Secara logiknya, Lamborghini tidak pernah menghasilkan semula supercar yang telah ditamatkan produksinya akan tetapi sebuah Lamborghini Murcielago baharu telah pun diperkenalkan semula di Iran baru-baru ini. 

 


Menurut laporan daripada Russia Today, sebuah syarikat Iran telah membangunkan semula sebuah Murcielago SV dengan kejuruteraan yang dibalikkan semula (reversed-engineered). 

Walaupun informasi terperinci tidak didedahkan, menurut laporan itu lagi syarikat tersebut membangunkan casis supercar ini berdasarkan dimensi yang serupa dan data asli yang diperoleh daripada Lamborghini.

Namun, menurut Massoud Moradi, ketua projek pembangunan Murcielago SV tiruan ini berkata pihaknya tidak pernah mencuba ujian kelajuan dan juga pengendalian terhadap kereta ini atas sebab 'kekurangan fasiliti yang sempurna'.

Spesifikasinya juga tidaklah sehebat Lamborghini Murcielago asli walaupun casisnya masih dibangunkan menggunakan gandingan gentian karbon dan bahan komposit. 
 


Disebalik hud enjin ini yang sepatutnya memakai enjin bentangan V12, syarikat Iran tersebut sebaliknya menggunapakai enjin yang diperoleh daripada Hyundai Lambda V6 berkapasiti 3.8 liter dan menurut Massoud lagi, ia mampu mencecah kelajuan tertinggi 280 km/j dengan 'senang hati'. 

Jika enjin asal Lamborghini Murcielago memerlukan tenaga pakar khusus untuk menjalani servis berkala atau memperbaiki kerosakan, enjin Lambda V6 daripada Hyundai ini membolehkan ia boleh diservis di mana-mana bengkel. 

Menurut Massoud, pihaknya mampu membina 'Lamborghini Murcielago V6' ini sehingga 100 unit setahun sekiranya terdapat permintaan yang menggalakkan daripada orang awam. 

Sekiranya anda berada di negara tersebut, mahukah anda mendapatkan sebuah Lamborghini Murcielago murah ini?
 

Berita Berkenaan

Informasi
  Model ini pertama kali dipertonton pada Pameran Kenderaan Frankurt pada September 2001 dan …
Berita Global
Sebagai contoh, Hari Lamborghini yang diadakan di Jepun baru-baru ini telah menarik penyertaan…