Mark Raine, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, Mercedes-Benz Malaysia berkata kami dengan sukacitanya mengalu-alukan pemilik Mercedes-AMG kami untuk menyertai Keluarga Terpantas di Dunia melalui AMG Owners Community Malaysia, di mana kos keahlian tidak lebih dari kos pemilikan dan keseronokan memiliki kereta Mercedes-AMG anda. Kami berharap dapat memenuhi permintaan peminat-peminat tegar dari kereta-kereta kami yang paling berkuasa dan memberikan pengalaman yang eksklusif kepada mereka.
AOCM adalah inisiatif terbaru oleh Mercedes-Benz Malaysia untuk meningkatkan pengalaman AMG ke tahap yang lebih tinggi, didorong oleh peminat yang ghairah dengan keseronokan memandu dan permintaan pelanggan sendiri. Ahli AOCM adalah eksklusif dan diberikan akses kepada semua aktiviti AMG seperti hari memandu, pratonton produk, acara motorsport elit, dan koleksi-koleksi yang unik khas untuk ahli kelab.
Rangkaian produk AMG di Malaysia pada masa ini diwakili oleh model-model ini: A 45, CLA 45, GLA 45, AMG 43 termasuk Mercedes-AMG C 43 limosin dan Mercedes-AMG GLC 43 SUV, C 63 Coupe, C 63 Limousine, E 63 Limousine dan S 63 Coupe, CLS 53, AMG GT C, AMG GT S dan AMG GT R .
Pemilik yang mendaftarkan kenderaan baru Mercedes-AMG, serta pemilik sedia ada boleh mendaftar dari sekarang hingga 30 November 2018, akan menerima Pek Selamat Datang yang termasuk kad anggota, pelekat kereta, baju polo yang direka khas.
Mercedes-Benz juga mempunyai Performance Agility Care dimana pelanggan kini boleh memandu Mercedes-AMG dengan penyelesaian pembiayaan yang fleksibel yang dilengkapi dengan pakej perkhidmatan dan penyelenggaraan. Untuk masa yang terhad, beberapa pelanggan pertama untuk mengaktifkan Performance Agility Care akan menerima pakej barangan Mercedes-AMG eksklusif bernilai RM5,000. Kempen berakhir pada 31 Oktober 2018. Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-1133.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.