Arab Saudi tiada minat untuk melabur dalam Tesla

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat pelaburan milik kerajaan Arab Saudi, Public Investmernt Fund (PIF) dilaporkan tidak menunjukan sebarang minat untuk melabur dalam pakej US$72 billion yang ditawarkan oleh CEO syarikat kenderaan elektrik premium Tesla, Elon Musk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Agensi berita Reuters berkata walaupun PIF memiliki sedikit pegangan saham di dalam syarikat itu sejak awal tahun ini, dua sumber yang rapat kepada isu Tesla itu menyatakan PIF memang belum berminat untuk membuat pelaburan tambahan di dalam Tesla yang mula mendapat pandangan negatif dari beberapa pihak.

 

 

Elon melakukan kejutan Selasa minggu lalu bila ia berkata melalui akaun Twitter miliknya yang sebahagian besar saham Tesla akan dijual kepada satu pihak.

Pakar-pakar dan penganalisa pelaburan mengatakan PIF merupakan calon pelabur paling sesuai kerana PIF sudahpun memiliki sahan Tesla (hampir 5 peratus) dan ia juga sudah melabur sebanyak US$45 billion untuk pelaburan teknologi di dalam Tabung Vision milik Soft Bank Group Corps.

Soft Bank pula telah melabur di dalam projek GM Cruise, projek kenderaan elektrik yang bakal menjadi pesaing Tesla.

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…