Ada yang hadir dari Pantai Timur & Utara untuk menjayakan family day ini. Setiap jentera diubah suai mengikut gaya & citarasa tersendiri tetapi konsep Mugen pada jentera tetap dikekalkan. Terdapat pelbagai aksesori-aksesori Mugen Power pada setiap jentera seperti bahagian body kit luaran, bahagian dalaman seperti Mugen Assist Meter, Mugen stering, Mugen seat MSR/MSZ serta pelbagai lagi..Terdapat juga Mugen GP pada jentera pemilik-pemilik Team Mugen R ini. Keluaran untuk aksesori-aksesori Mugen Power FD2 Type R ini hampir di penghujung production tetapi masih boleh didapati pada penjual-penjual di Malaysia dimana mereka mendapat barangan daripada pengedar sah di Japan seperti Mugen M-Tec Japan.
Instagram: Team Mugen Malaysia