Kona Iron Man Edition akan ditawarkan kepada pembeli di serata dunia dalam unit terhad. Ia akan dikeluarkan bermula Disember ini dengan penghantaran bermula pada suku pertama tahun depan.
Sama seperti Tony Stark yang gilakan teknologi, maklumat lanjut mengenai Kona ini boleh didapati dari laman web khusus.
Pada bahagian luaran, Kona Iron Man Edition mempunyai lampu depan dengan rekaan unik dan lampu DRL yang mengambil wajah topeng dan bentuk mata suit Iron Man. Bentuk tersebut sangat mudah untuk dicam dan salah satu ciri utama untuk Kona ini.
Selain itu, corak topeng Iron Man turut diletakkan pada beberapa bahagian lain seperti bumbung, bonet, logo depan dan pelbagai lagi dari bahagian pintu hinggalah kepada penutup hab roda aloi 18 inci.
Warna badan yang dikenakan pula ialah merah Iron Man dengan kelabu kusam (matte gray.
Pada bahagian dalaman, signatur Tony Stark diletakkan pada panel instrumen dan beberapa identiti lain seperti tombol gear Iron Man, rekaan kerusi khas dan Head Up Display dengan grafik Iron Man.
Hyundai Kona Iron Man Edition ini sebenarnya program kolaborasi di antara Marvel dan Hyundai. Satu lagi program ialah melalui penampilan Hyundai Veloster Turbo baharu dalam filem Ant-Man.
Penulis: Muhammad Md Tajudin