Masalah transmisi pada Ford Fusion dan Escape - Ford lancar kempen panggil semula

oleh Mohamad Hanif|
Ford kini melancarkan kempen keselamatan terbaharu melibatkan Ford Fusion (2013-2016) dan Ford Escape (2013-2014) atas sebab pilihan gear transmisi yang bermasalah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber daripada Ford, kemungkinan besar posisi gear yang dipilih oleh pemandu berlainan dengan posisi gear yang ditetapkan oleh transmisi. 

Sumber tersebut memberitahu sekiranya pemandu meletakkan posisi gear pada P ketika meletakkan kenderaan, pilihan gear yang sebenar tidak berada di posisi yang betul sehingga mengakibatkan kereta mampu "lari" dari kedudukan asal sekiranya brek parking tidak diaplikasikan. 

 

 

Hal ini disebabkan bahagian bushing yang menghubungkan kabel shifter kepada transmisi yang mungkin telah tercabut sehingga menyebabkan posisi gear tidak berada di posisi yang sebenar. 

Ford akan menggantikan bahagian yang terjejas tersebut secara percuma setelah pemilik membuat temujanji bagi memperbaiki kenderaan mereka dan menasihatkan para pemilik supaya menggunakan brek parking sepanjang masa. 

Kempen panggil semula ini melibatkan sejumlah 549,401 buah kenderaan di Amerika Utara, termasuklah 504,182 unit di USA, 36,887 unit di Kanada dan 8,332 unit di Mexico.