Menurut McLaren, versi terbaru supercar ini dirancang lebih berkuasa dan lebih ringan berbanding model asas dan dijamin lebih tegar (hardcore).
Imej yang pertama didedahkan oleh McLaren pada minggu yang lalu menampilkan bahagian belakang supercar tersebut dan imej kedua menampakkan tip ekzos berkembar yang terletak pada bahagian atas, menyerupai rekaan ekzos pada Porsche 918 Spyder.
Supercar yang belum diberikan nama ini bakal diperkenalkan pada 28 Jun dan berkemungkinan besar menunjukkan aksi sulungnya pada Festival of Speed di Goodwood 12 Julai nanti.