Perjanjian itu merangkumi kursus khusus di dalam bidang perniagaan permotoran, dan seterusnya mendidik pelajar-pelajar baharu menjadi tenaga pekerja yang mahir mengendali selok belok industri automotif dan mampu memimpin pelapis baharu.
Para graduan juga akan turut dilengkapkan dengan ilmu dan pengalaman teknikal sebelum menceburkan diri di dalam bidang perlumbaan mahupun bidang sebenar.
Antara subjek yang akan dipelajari sepanjang kursus tersebut termasuklah
- Racing event safety & scrutineering
- Race control & driver discipline
- Timing & gridding
- Body and chassis preparation
- Engine modifications and preparation
- Basic aerodynamics
- Suspension set up
- Testing & strategies
Menariknya, kursus yang dianjurkan selama 20 minggu ini juga turut menampilkan kelas intensif istimewa daripada pendukung industri permotoran tempatan seperti Proton-R3 Motorsports, Fawster Suspension, K-TECH Suspension, dan Hankook Motorsports Malaysia.