Nama Lamborghini Design 90 tiba-tiba muncul semula baru-baru ini kerana ia dilaporkan menjalani proses lelongan di sebuah muzium dekat United Kingdom.
Menyedihkan bagi motosikal itu adalah ia tetap gagal dilelong biar pun sudah menjangkau usia 32 tahun, tahun ini.
Kenapa ya?
Bercerita lebih lanjut mengenai motosikal terhad itu, Lamborghini Design 90 dihasilkan sebanyak enam unit sahaja untuk pasaran global.
Pada awal penawaran model berkenaan, Lamborghini meletakkan tag harga jualan asas berjumlah $13,500 (RM74,309).
Harga tersebut disifatkan sebagai terlalu mahal ketika itu.
Meski pun digerakkan nadi enjin empat silinder sebaris bersesaran 1,000cc dan berupaya menghamburkan kuasa maksima setinggi 120Hp, tetap tiada yang berminat untuk membelinya.
Antara penyebab motosikal berkenaan gagal dijual adalah disebabkan mekap gayanya yang agak hodoh.
Tidak dinafikan bahawa rekaan pembuat motosikal kelahiran Perancis, Boxer itu ternyata kurang menarik dan tampak seakan-akan 'kuda kepang'.
Jadi tidak menghairankan jika ia masih gagal dijual bertahun-tahun lamanya.