Baru-baru ini, kembara itu telah merentasi tiga negara (Indocina) termasuk Thailand, Kemboja dan Vietnam.
Dalam kembara tersebut, seramai 25 peserta dari seluruh dunia seperti China, Australia, Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat, Columbia, Bolivia, Sepanyol, Itali, Vietnam terlibat dalam menjayakan acara berkenaan termasuk Malaysia sendiri.
Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca (gambar) berkata, GIVI Explorer merupakan medan terbaik bagi mengguna dan menguji produk-produk terbaharu.
"Dengan ujian yang ekstrem sepanjang 10 hari perjalanan, banyak data dan informasi dapat kami kumpulkan untuk dipanjangkan kepada jabatan penyelidikan (R&D).
"Sekaligus, kami dapat melakukan penambahbaikan sebelum produk akhir dikeluarkan untuk jualan kepada pengguna,” ujarnya.
Joseph yang bertindak selaku Ketua Delegasi memberitahu, pihaknya turut tidak ketinggalan mengambil peluang kembara tersebut bagi melakukan kerja amal dinamakan sebagai 'Riding for Reading'
Dalam program amal berkenaan, pihaknya telah menghulurkan sumbangan bantuan berbentuk alat tulis, makanan, susu dan wang tunai untuk kegunaan kanak-kanak yang kurang berkemampuan dari Ho Chin Minh City di Vietnam.
Terdahulu, turut serta dalam kembara tersebut ialah Timbalan Presiden GIVI, Hendrika Visenzi.
Maklumat lanjut mengenai kembara berkenaan boleh diperoleh dengan melayari www.giviexplorer.com.