Semua kereta yang dibuat didunia boleh dibahagikan pada dua jenis, iaitu samada stereng disebelah kiri dan yang disebelah kanan.
Kali terakhir kita melihat kereta dengan tempat duduk pemandu ditengah ialah pada tahun 1995.
McLaren F1 - supercar dari UK adalah satu-satunya kereta yang menggunakan susun atur yang unik dengan stereng pemandu ditengah.
Pemandu duduk di tengah disamping penumpang-penumpang disebelah kiri dan kanan pemandu, tetapi kerusi penumpang tersebut berada beberapa jarak dibelakang pemandu untuk memberi ruang keluar masuk.
Dan pada tahun 2019 nanti, sekali lagi syarikat McLaren akan mengeluarkan kereta dengan susun atur 3 tempat duduk, dengan pemandu ditengah-tengah.
Ia akan menjadi ciri unik kereta baharu yang buat masa fasa ujian dipanggil BP23 atau “Bespoke Project 2, 3 seats” yang juga dikatakan bakal menjadi kereta yang terlaju pernah dikeluarkan oleh McLaren.
Ia akan dibuat oleh MSO, iaitu unit projek khas di McLaren. Projek “Hyper-GT” ini adalah amat eksklusif, dengan hanya 106 buah sahaja yang akan dikeluarkan (kebanyakan dari jumlah ini telahpun dijual!).
Menurut ketua pegawai eksekutif McLaren Automotive, Mike Flewitt, “Hyper-GT akan menjadi kereta McLaren yang mempunyai prestasi tertinggi, keseronokan pengendalian tetapi juga sesuai untuk pemanduan jarak jauh.”
Sistem penjanaan adalah jenis hibrid yang dikatakan sistem yang berkuasa serta menjanjikan tahap keselesaan kereta mewah.