Ketua Pengarah baharu khusus untuk mantap dan tingkatkan imej JPJ

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlantikan dan pertukaran pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shaharuddin Khalid sebagai Ketua Pengarah baru Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia adalah merupakan satu sejarah bagi JPJ kerana ia melibatkan teraju JPJ yang bukan dari kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

Menurut sumber Jabatan Perdana Menteri (JPM), langkah terbaru ni adalah merupakan antara usaha Perdana Menteri untuk memantap dan meningkatkan lagi imej agensi-agensi penguatkuasa.

Ini bermula apabila bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mustafar Ali, yang telah berkhidmat selama 30 tahun bersama SPRM, ditukarkan untuk mengetuai Jabatan Imigresen Malaysia pada Ogos tahun lepas.

Penukaran dan kenaikan pangkat Shaharuddin sebagai Ketua Pengarah JPJ juga hasil perancangan di antara JPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Datuk Din begitu berpengalaman luas dan telah berkhidmat lama di dalam SPRM. Beliau adalah ‘thoroughbred graft buster’. Pengetahuan beliau di dalam pencegahan rasuah dan amalan integriti diperlukan di dalam agensi penguatkuasaan seperti JPJ,” kata sumber.

Careta dimaklumkan bahawa surat perlantikan Shaharuddin dari JPM yang ditandatangani 10 hari lepas memperlihatkan kerusi Ketua Pengarah JPJ digalas oleh Pegawai Gred Jusa A, satu pembaharuan kerana kebiasaannya Gred Ketua Pengarah JPJ adalah Jusa B.

“Ini akan perkuatkan lagi pengurusan JPJ. Ini juga memberikan isyarat yang jelas kepada orang awam dan pelanggan JPJ bahawa Jabatan ini serius untuk meningkatkan lagi amalan integriti,” menurutnya lagi.

Seorang pemain golf yang berkebolehan dengan handicap 6, Shaharuddin akan memulakan tugas barunya berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Nadzri Siron yang telah mengetuai JPJ sejak 16 Jun tahun lepas.

Nadzri akan memulakan tugasnya hari ini di Kementerian Sumber Manusia sebagai Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia dengan Gred Pegawai Tadbir Diplomatik Utama B.

Antara jawatan Shaharudin sebelum ini di dalam jentera kerajaan adalah Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM dan beliau juga pernah dipinjamkan ke Felda Global Ventures sebagai Ketua Unit Integriti dan juga Naib Presiden Tadbir Urus dan Pengurusan Risiko FGV.

Oleh Shahrim Tamrin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…