TVR Griffith - Era baharu TVR selepas lama menyepi

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah lama menyepi dan melalui pelbagai episod kurang manis termasuk penutupan operasi di negara kita akhirnya pengeluar kereta berprestasi dari Britain ini bangkit semula.

Kali ini TVR bangkit dengan manis dan dengan sendiri tanpa terikut-ikut trend dan gayaan pengeluar eksotik lain seperti Ferrari atau Lamborghini.

 

Griffith1

Griffith2

TVR tampil dengan model baharu yang diberi nama Griffith dan ia dipamerkan buat pertama kali di acara Goodwood Revival.

Pembangunan Griffith mengambil masa hampir tiga tahun dan tampil dengan reka bentuk legasi 'timeless' TVR serta pada masa yang sama dilengkapi kejuruteraan terkini.

 

TVR Griffith

 

Bahagian luaran direka menyerlah dan ia mengikut alunan aerodinamik termasuk ruang masukan udara yang dalam bagi menghasilkan daya mendap dan penyejukan.

Menariknya, berpegang kepada falsafah Sprit of Driving, TVR baharu ini membiarkan pemandu mempunyai kawalan penuh terhadap pemanduannya.

Griffith dibina menggunakan kejuruteraan pintar berbanding kawalan elektronik yang sinonim dengan pengendalian kereta masa kini.

Griffith ialah kereta produksi kedua dengan enjin di hadapan yang menggunakan lantai rata dan mengeksploitasi sepenunya gayaan aerodinamik supaya ia meluncur dengan stabil pada kelajuan tinggi dan memberikan keupayaan pemanduan hebat. 

 

TVR Griffith

 

Berat kereta super ini hanya 1250 kg dan ia disumbangkan oleh binaan inovatif iStream dari Gordon Murray Design yang menggunakan struktur dan panel kereta dari komposit karbon. Griffith tampil dengan ketegaran kilasan yang baik dan nisbah pembahagian berat 50:50

TVR Griffith dikuasakan oleh enjin aspirasi normal (n/a) 5.0 liter Cosworth V8 yang telah dinaiktaraf dan dipadankan bersama transmisi enam kelajuan manual.

TVR hanya nyatakan kuasa enjin Griffith ialah 400bhp/tan dengan kelajuan maksimum lebih dari 321 km/j dan mampu memecut dari 0 - 96.5km/j kurang dari empat saat.

TVR Griffith yang dipertontonkan di Goodwood Revival adalah dari spesifikasi Launch Edition dengan beberapa kelengkapan istimewa seperti interior balutan kulit dan roda aloi kustom selain dari warna khas dan sistem hiburan tempahan khas.

 

TVR Griffith

 

Harganya?

Tidak murah dan tiada masalah pun untuk mereka yang menghargai kereta sebegini. TVR Griffith Launch Edition dipasarkan pada harga permulaan GBP 90,000 atau bersamaan RM 497,890.52.

Selain harga, TVR juga turut menguji kesabaran mereka yang mahu memilikinya kerana produksi Griffith Launch Edition hanya akan bermula lewat tahun depan.

Mungkini ini lah yang dikatakan duit bukan segala-galanya. Jika mampu pun, belum tentu Griffith ini akan sampai ke rumah pembelinya esok atau lusa.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Masih ada yang mengingati tentang TVR? Pengeluar kereta sport dari United Kingdom (UK) itu pernah…