Jualan kenderaan elektrik global meningkat

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun rakyat Malaysia sudah mula terbuka sedikit akan Kenderaan Elektrik atau EV (Electric Vehicle), kita masih lagi ketinggalan jauh berbanding dengan negara-negara maju.

Secara keseluruhan Asean sendiri masih di belakang berbanding dengan rantau lain yang sudah semakin terbuka dan menerima kehadiran EV di dalam pasaran dan kehidupan mereka.

Malah US yang mempunyai harga bahan api yang rendah itu juga sudah mula merangkak naik dalam pembelian EV. Ini adalah hasil dari basuhan jiwa kerajaan Amerika Syarikat (US) kepada rakyatnya yang semakin mementingkan pemeliharaan alam semulajadi.

Di sini kita lihat seimbas lalu akan prestasi jualan EV di Eropah, US dan di China.

EV SALES EUROPE

 

Kenderaan EV dari Renault-Nissan Alliance menduduki takhta jualan EV dan PHEV (Plug In Hybrid) di Eropah.

Sebanyak 18,739 unit Renault Zoe terjual dari Januari sehingga Julai tahun ini, diikuti rapat oleh Nissan Leaf.

BMW i3 berada di tempat ketiga dengan 11,501 unit dan kemudian oleh model SUV PHEV dari Jepun, Mitsubishi Outlander PHEV.

Tesla hanya berada di tangga keempat dengan Model S mereka terjual sebanyakj 7,269 unit.

Untuk pengetahuan anda, Renault Zoe, Nissan Leaf dan BMW i3 memang ada dijual di Malaysia.

Malaysia Automotive Institute (MAI) menggunakan Zoe mereka untuk kerja harian.

US EV SALES

 

Di Amerika Syarikat (US) pula Tesla menjadi raja dengan 18,182 unit terjual sejak Januari hingga Julai (2017).

Tempat kedua dengan 12,450 unit terjual ialah satu lagi produk US, iaitu Chevrolet Volt PHEV.

Tesla Model X berada di tempat ketiga dengan 11,556 unit dan diikuti oleh Toyota Prius Prime (PHEV) pada 11,337 unit.

Nissan Leaf berada di tempat keenam, BMW i3 berada di tempat ke 9 dan Renault Zoe tidak dijual di sana.

Pasaran US lebih gemarkan produk mereka sendiri (sama seperti di Eropah) dan mereka lebih suka kenderaan bersaiz besar.

Ini mungkin kerana di US, ia dipenuhi dengan lebuhraya dalam bandar dan kenderaan kecil kurang sesuai. Sebenarnya, Kuala Lumpur juga mempunyai masalah yang sama di mana ibukota kita mempunyai banyak lebuhraya bertol dan kenderaan yang terlalu kecil tidak begitu digemari oleh pasaran tempatan.

CHINA EV

 

Di China pula, tempat pertama sehingga ke tempat ke-13 milik kenderaan EV jenama tempatan.

Di tempat ke-14 ialah Tesla Model S dan di tempat ke -16 ialah Tesla Model X.

Itulah sahaja jenama asing yang ada di dalam takhta 20 kenderaan EV paling laris di China.

Di tempat pertama ialah Zhidou D2 EV (gambar di bawah) dengan 22,489 unit terjual dari Januari 2017 sehingga Julai 2017.

Zhidou

 

Tempat kedua ialah BAIC EC-SEries dengan 22,007 unit dan BYD e5 di tempat ketiga pada 13,772 unit.

China memang sudah lama menggunakan kenderaan EV, dari skuter elektrik ke motosikal elektrik dan kini kereta, SUV, bas malah lori EV.

Antaranya ialah pihak kerajaan China yang sangat serius akan masalah pencemaran udara di bandar-bandar besar dan juga kerana harga bahan api yang tinggi.

Selagi harga bahan api kita masih mampu dibeli, selagi itu penerimaan EV di Asean akan terus menjadi sukar. 

Malaysia sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi pasaran EV terbesar Asean kerana prasarana yang sudah mula wujud dan juga tahap pendidikan kebanyakan rakyat Malaysia yang lebih tinggi.

Singapura pula terlalu kecil dan sistem pengangkutan awam mereka sangat baik. Mereka tidak perlukan kenderaan, kecuali bila mereka hendak menyeberang tambak untuk membeli DVD cetak rompak atau barang pasar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…