Adab Toyota terbawa sampai ke rumah - Affendi

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Cara kerja Toyota memang terkenal di seluruh dunia dan ia ditiru oleh hampir kebanyakan organisasi. Toyota mementingkan kualiti dan setiap pembaikan kepada sistem tersebut direkodkan agar ia sentiasa diikuti. Semakin lama, ia sudah menjadi seperti sebuah gaya hidup dan mempengaruhi mereka yang mempraktikannya secara harian. Careta dapat duduk bersama Mohd Affendi Khairon, Pengurus Besar UMW Toyota untuk Bahagian Pemasaran. Affendi yang berusia 44 tahun dan berasal dari Tampin, Negeri Sembilan ini sudah mula bekerja dengan Toyota seawal tahun 2002. affendi UMW Toyots-2 “Pada masa itu, saya menjadi Penasihat Teknikal di dalam Bahagian Servis dan Khidmat Lepas Jualan,” terang ayah kepada empat orang cahaya mata ini. Pada tahun 2011, Affendi dimasukkan ke bahagian Jaminan Kualiti (Quality Assurance) di kilang Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) yang diberi kontrak memasang kenderaan berjenama Toyota di Malaysia. Ahli alumni Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) dan lepasan Universiti Malaya dari Fakulti Kejuruteraan (Mekanikal), Affendi diberi tugas untuk memantau dan menyelia aduan pelanggan berkenaan masalah kualiti produk yang berpunca dari kualiti pemasangan. “Semua kereta yang dipasang akan diaudit sebelum meninggalkan kilang. Setiap hari, kami akan lakukan mesyuarat untuk berbincang masalah di kilang.” kilang toyota “Bukan setakat masalah yang dibincangkan, tetapi cara menghapuskan masalah itu, kaedah yang digunakan agar ia tidak lagi terjadi dan apakah yang akan pelanggan nampak hasil dari masalah itu jika ia terlepas ke pasaran,” terang Affendi satu persatu. “Semua kilang lain mempunyai sistem kualiti yang sama tetapi di Toyota, sistem ini diterapkan dan dipraktikan secara sangat serius dan fail tidak akan ditutup selagi masalah, cara penyelesaian dan cara mengelakkannya dari berulang telah dilakukan.” Selepas itu Affendi diberikan satu lagi tugas rumit, iaitu untuk memastikan kualiti barangan yang dibekalkan oleh vendor menurut piawaian mutu Toyota. [caption id="attachment_29398" align="aligncenter" width="620"]Komponen kenderaan Toyota diperika beberapa kali di kilang sebelum dilepaskan. Komponen kenderaan Toyota diperiksa beberapa kali di kilang sebelum dilepaskan.[/caption]   “Semua produk yang dibekalkan akan diperiksa secara fizikal di atas barisan pemasangan atau assembly line,” sambung Affendi. “Kami memang diajar untuk melihat kecacatan komponen,” katanya. Namun begitu, Affendi berkata menjadi prinsip Toyota untuk membangunkan komponen bersama-sama vendor agar semua masalah dan pendekatan dikongsi bersama. “Di sini ramai yang tidak tahu bahawa penjagaan dan kelulusan kualiti dari vendor tempatan bukan hanya dari kami di Malaysia sahaja tetapi dari ibu pejabat rantau Asia Tenggara (Toyota Daihatsu Engineering and Manufacturing) yang berada di Thailand. Mereka sering datang untuk memeriksa kualiti komponen yang dibekalkan,” ujar Affendi. [caption id="attachment_29394" align="aligncenter" width="620"]Ruang menerima servis kenderaan Toyota di Subang. Ruang menerima servis kenderaan Toyota di Subang.[/caption]   Selain dari mengadakan mesyuarat kualiti setiap hari, cara kerja Toyota memastikan setiap jabatan mempunyai mesyuarat kualiti dan ahli lembaga yang menjaga kualiti di dalam jabatan itu sendiri. Affendi juga berkongsi konsep 5 Whys atau 5 Kenapa. “Untuk memastikan masalah, sistem ini mahukan pekerja menghuraikan dan menerangkan apa masalah itu secara terperinci. Untuk membantu pekerja mencari punca masalah, sistem 5 Whys boleh digunakan,” sambung Affendi. Contoh ringkas diberikan oleh Affendi ialah apa akan jadi jika sesuatu komponen kenderaan itu ada bekas tersapu cat. “Kenapa ada bekas tersapu cat dengan bekas gurisan. Terkena spanar. Kenapa terkena spanar? Tersalah pegang spanar. Kenapa tersalah pegang dan seterusnya. Nampak remeh tetapi ia benar-benar membantu kami mencari punca masalah itu.” affendi UMW Toyots-1-2 Akhir sekali, pekerja perlu memikirkan kebarangkalian masalah itu mungkin akan berlaku di tempat lain dan idea itu dikongsikan agar ia tidak berlaku. “Semua orang ada cara pemikiran atau mindset ini, dan kami ada hampir 4,000 orang di ASSB,” jawab Affendi sambil tersenyum. “Kerana sudah terbiasa dengan cara kerja Toyota ini, saya terbawa-bawa sampai ke luar tempat kerja,” ujar beliau sambil tergelak. Affendi menerangkan sekiranya beliau hendak melintas jalan di kawasan kilang, beliau akan melihat ke kiri dan ke kanan sambil menunjukan jarinya sekali ke kiri dan ke kanan. “Bayangkan saya berbuat begitu di jalan umum. Masalahnya, saya tidak sedar kerana ia sudah menjadi amalan. Maka ramailah mata yang melihat kehairanan,” sambutnya dengan ketawa. “Saya memang memastikan semuanya kemas di rumah. Jika hendak melipat kertas atau pakaian, ia mesti simetri. Kasut perlu disusun rapi dan bila hendak parkir kereta, ia mesti mengundur dan kenderaan terletak betul-betul di tengah petak.” [caption id="attachment_29393" align="aligncenter" width="620"]Cara Affendi menyusun buku nota dan henfon beliau semasa ditemurah sudah cukup membuktikan budaya Toyota sebati di dalam jiwa beliau. Cara Affendi menyusun buku nota dan henfon beliau semasa ditemuramah sudah cukup membuktikan budaya Toyota sebati di dalam jiwa beliau.[/caption]   Jadi apakah faedahnya cara hidup Toyota ini kepada anda pemilik Toyota? Pusat servis Toyota mengikuti cara kerja Toyota ini dengan sangat teliti. Setiap juruteknik diberi troli alatan yang perlu sentiasa kemas sebelum balik selepas habis kerja. Setiap pemilik yang menghantar kenderaan untuk diservis akan menerima panggilan dari pusat servis selepas tiga hari untuk mengetahui sebarang masalah jika wujud. “Dan jika ada pelanggan yang mengadu masalah, konsep 5 Whys akan kami gunakan di sini untuk memastikan kes itu tidak akan berulang lagi,” kata Affendi. Kerana itu, pelanggan Toyota sentiasa memberikan markah penuh untuk khidmat selepas jualan Toyota. affendi UMW Toyots-6 Toyota untuk Affendi ialah sebuah syarikat yang membantu untuk membina pekerjanya, mementingkan pemegang sahamnya, tidak kenal maksud mengalah dan akan terus muncul sebagai juara akhirnya. “Kami tidak akan mengalah dan kami tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Kerana itu, pelanggan Toyota sentiasa mendapat yang terbaik dari jenama ini,” ujar Affendi sebelum beredar. Ini bermakna bukan calang-calang orang yang mampu setia bersama Toyota. Hanya mereka yang serius untuk memajukan diri sahaja yang sanggup bersama syarikat nombor satu dunia ini. Dan kerana itulah produk dan pelanggan Toyota sering meletakan kepercayaan sebagai asas pemilihan mereka. affendi UMW Toyots-3