Queen of Prang dan Civic ES miliknya

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Antara Honda Civic yang paling jarang dilihat mengalami perubahan modifikasi serius ialah Civic ES 1.7. Sebenarnya, dari segi susur galur Civic, model ES ini adalah peralihan dari model sporty dengan sistem gantungan hadapan jenis double wishbone kepada pegas MacPherson. Ia juga merupakan model titik permulaan Civic menjadi lebih praktikal, dengan lantai kaki rata dan ruang kabin yang lebih luas. IMG_6813 [gallery size="medium" ids="29381,29380,29379"] Ramai peminat tegar Civic pada masa itu seperti sasau kerana marah model kegemaran mereka menjadi sedikit lembut. Namun begitu, syarikat-syarikat tuner datang menyelamatkan keadaan dengan menghasilkan pelbagai kit untuk menjadikan Civic generasi ketujuh itu tetap sporty. Jurugambar profesional Careta, saudara Adam Harris dari Adam Photography berjaya mengabadikan gambar-gambar contoh Civic ES yang dimodifikasi secara profesional dan kemas. IMG_6848 [gallery size="medium" ids="29378,29376,29375"] Pemilik yang hanya mahu dikenali dengan nama Shin Rara ini benar-benar mengolah kembali komponen Civic ES ini. Bukan satu kerja mudah tetapi beliau berjaya menjadikannya sebuah ES yang sangat menarik. Dan sekiranya anda masih tidak perasan, Shin Rara ialah seorang gadis manis bertudung yang nampaknya lebih tahu akan Civic ES ini lebih dari admin. Syabas kerana kami sangat berbangga dengan hasil karya saudari! IMG_6859 [gallery size="medium" ids="29375,29374,29371"] Di bawah ialah ringkasan modifikasi yang ditulis oleh Shin Rara sendiri. Mod enjin: D17a Manual Rs, Extractor steel 421, Js racing exhaust, Simota Intake Japan, Samco radiator hose, Works water adaptor, Works oil adaptor, Mugen radiator cap, Mugen oil cap, Alutec strut bar Elektronik/Management: Standard 1.7 Gearbox: Manual 1.7, Clutch standard 1.7 Brek: Disc Brake Es3 Front and back with standard Es3 brake caliper Tayar & Rim: Dunlop 205/50/16, Enkei Racing Rpf 1 16" Maroon Suspensi: Tein SS Ep3 Adjustable, Function 7 Lower Arm, Hardrace chamber kit, Dc5r Antiroll bar (ARB) Luaran: Sunroof Jazz Ge3 spec, Bumper Es9 Japan (Front), Bumper Es3 (Back), Hood Js spec (Custom), Fender Js spec (Custom), Gtwing Js Racing, Door Es3 rs, Mugen tow hook Japan, Headlamp Es3 Hid [gallery columns="2" size="medium" ids="29370,29369"] Dalaman: Convert Es3 RS, Dc5R Bucket Seat (Red), Dc5R paddle, Mugen steering Japan, Worksbell NRG Booskit, Mugen Gear knob, Defi ZD, Defi Bf Advance (Water, Oil press, Temp), Zoom room Back mirror, Steel X bar (custom), Steel K bar (custom), Alutec Rear bar, Dc5r red carpet (Big), Ep3 red carpet (Small), Takata Racing Harness (Green) Bengkel & Penaja: Tiada IMG_6850 [gallery size="medium" ids="29387,29386,29377,29368,29367,29366"]