Maxx n Go datang ke rumah untuk tukar minyak

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Maxx Oil hari ini melancarkan satu lagi perkhidmatan untuk pemilik kereta Malaysia. Dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar, anda boleh meminta perkhidmatan premium Maxx 'N Go untuk membuat temu janji bagi menukar minyak kereta anda di mana sahaja. Dato' Lee chong Wei kini Duta Maxx oil terbaharu Aplikasi ini menyediakan platform perkhidmatan di mana pelanggan boleh menempah perkhidmatan menukar minyak di mana saja anda berada, dan kakitangan Maxx 'N Go akan datang ke lokasi anda, baik di rumah atau di pejabat. Aplikasi Maxx 'N Go boleh dimuat turun untuk semua platform mudah alih. Anda akan dilayan mekanik  sepenuh masa yang profesional dan berpengalaman dengan peralatan yang lengkap. Perkhidmatan ini disediakan oleh kakitangan Maxx Oil sendiri, dan bukannya oleh agen atau mekanik kontrak. Tidak perlu lagi menunggu lama di bengkel. Maxx 'n Go akan membawa 'bengkel'  ke depan pintu anda. Aplikasi ini menawarkan pengalaman pengguna yang mudah. Hanya muat turun, mendaftar dan tempah. Anda hanya perlu membayar untuk minyak pilihan anda. Tiada kos perkhidmatan dan sebarang kos tambahan lain. Malah penapis minyak juga adalah percuma. ourfares what-we-provide Tempah penukaran minyak enjin, dan dapatkan pemeriksaan 15-aspek percuma yang mengambil masa tidak lebih daripada 45 minit untuk selesai. Liputan kini boleh didapati di Lembah Klang dan Selangor, dan akan diperluaskan ke Ipoh dan JB dalam masa terdekat, sebelum ke seluruh negara. Layari maxxngo.com untuk maklumat lanjut. lcw