Ingress syarikat asing pertama tersenarai di Bursa Thailand

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Syarikay pengeluar komponen automotif Ingress Industrial Thailand Plc dijadual menawarkan sahamnya kepada orang awam melalui Bursa Saham Thailand pada suku ketiga tahun ini untuk menjana dana bagi pengembangan perniagaan dan pembayaran balik hutang. Ingress Thailand adalah anak syarikat milik penuh Ingress Corporation Berhad (ICB) yang berpangkalan di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2014, Ingress Thailand kini beroperasi sebagai pengeluar komponen automotif asas untuk ICB di Asean dan India. Pada masa ini, ICB menjalankan 10 kilang pembuatan di Malaysia, Indonesia dan India, yang mana semuanya diuruskan oleh Ingress Thailand. Kira-kira 90% daripada komponen yang dikeluarkan mereka adalah dalam kategori peringkat satu dan dua, yang dibekalkan kepada pembuat kereta di setiap negara, terutamanya bagi jenama Jepun. ingress bod Pengeluaran kereta oleh ICB dalam tahun 2016 berjumlah 1.94 juta unit di Thailand diikuti Indonesia sebanyak 1,177 juta dan Malaysia sebanyak 545,253. Kilang mereka di India mengeluarkan 4.5 juta kereta pada 2016. Di Thailand, syarikat itu mempunyai dua anak syarikat dengan 700 pekerja iaitu Ingress Autoventures di Rayong dan Ayutthaya, dan Fine component di Rayong. Timbalan Pengerusi Rameli Musa berkata Ingress Thailand mengemukakan permohonan untuk disenaraikan di SET pada Disember tahun lepas, dengan pengeluaran 578.400.000 saham melalui tawaran awam permulaan (IPO). Penyenaraian itu akan menjadikannya firma asing pertama untuk disenaraikan di Bursa Thailand (Stock Exchange of Thailand SET). Rameli berkata, 50% daripada hasil daripada IPO akan digunakan untuk pengembangan dalam keempat-empat negara dan pasaran masa depan yang lain di Asean. ingress Presiden dan Ketua Eksekutif Ingress Thailand Abdul Rahim Haji Hitam berkata syarikat itu yakin bahawa pendapatan akan pulih pada tahun fiskal 2017, terima kasih kepada prospek industri automotif yang rancak awal tahun ini. Keuntungan bersih Ingress Thailand meningkat sebanyak 18.9% kepada 210 juta baht, manakala margin keuntungan bersih meningkat kepada 7.22% daripada 5.6% dalam tahun fiskal 2015. ingress meet