Rekaan bateri baharu untuk kereta elektrik boleh capai 1,000 km 

oleh Careta.my|
maxresdefault Kereta elektrik masih berada jauh di belakang teknologi kereta yang menggunakan bahanapi kerana jarak perjalanannya yang agak singkat. electric-car-battery-degradation Mercedes-Benz C 350 e misalnya, hanya mampu berjalan sejauh 31 km jika hanya menggunakan kuasa elektrik. BMW 330e iPerformance juga akan habis kuasa jika terus berjalan melebihi 37 km pada kuasa elektrik semata-mata. Jarak perjalanan akan menjadi lebih pendek jika anda memasang lampu, wiper atau pendingin hawa. Kereta elektrik perlukan teknologi baharu. Fraunhofer Institute for Ceramic Technologies dan Systems (IKTS) di Jerman telah memperkenalkan EMBATT, jenis bateri berteknologi baharu yang menampilkan kapasiti bateri lebih besar dari biasa. Production of the bipolar electrode on a pilot scale.   Sebelum ini, kebanyakan kereta elektrik terpaksa menggunakan lebih dari satu pek bateri (satu pek mengandungi beberapa sel-sel bateri) yang dicantum bersama. Pek-pek bateri ini memerlukan terminal, gelungan wayar, kabel dan beberapa monitor elektronik yang jika dikira boleh mengambil sehingga 50% ruang keseluruhan pek bateri. Teknologi bateri EMBATT memudahkan saiz dan cara bateri disimpan supaya ia tidak mengambil banyak ruang di dalam kereta. DSC_0478 “Dengan pakej penyimpanan bateri kami, kami harap kereta elektrik di masa depan berupaya berjalan sejauh 1,000 kilometer,” jelas pengurus projek di IKTS, Mareike Wolter. Walaupun masih berada pada tahap penyelidikan, konsep bateri ini sedang dimajukan untuk di gunakan pada tahun 2020.

Add new comment

Careta Ad