Proton tawar kerusi kanak-kanak bernilai RM1,000 pada hanya RM299

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Prihatin akan keselamatan keluarga pemilik produk mereka, Proton melancarkan promosi kerusi kanak-kanak pada harga subsidi. Kerusi bayi dengan standard keselamatan Eropah ECE R 44 itu sebenarnya berharga RM1,000 tetapi pembeli kereta Proton yang baharu boleh membelinya pada harga RM299 sahaja. Kerusi kanak-kanak itu mampu menampung had berat kanak-kanak sehingga 18 kg dan datang dengan sistem pemasangan Isofix dan talipinggang keledar. Topang kaki turut dibekalkan untuk menambahkan keselamatan kerusi kanak-kanak itu dan ia boleh dipasang menghala ke depan atau ke belakang. Syabas kepada Proton atas inisiatif ini dan diharapkan syarikat kenderaan lain turut menawarkan pakej yang sama pada harga mampu milik. proton-persona-2016-putrajaya-web-16 Dalam masa yang sama, Proton turut menawarkan bonus perayaan sebanyak RM500 dan bonus kesetiaan (loyalty) RM1,000 dan PAKEJ SERVIS PERCUMA SELAMA LIMA TAHUN bernilai RM4,100 untuk belian Proton baharu sekarang (sehingga stok masih ada dan tertakluk pada syarat dan terma).